the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ugut sebar gambar bogel bekas teman wanita, juruteknik dipenjara enam bulan

KUALA TERENGGANU: Seorang juruteknik dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan untuk menyebarkan gambar bogel bekas teman wanitanya, Januari lepas.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood menjatuhkan hukuman itu ke atas Wan Azuan W Ismail, 29, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut terhadap seorang wanita berusia 22 tahun melalui panggilan telefon di Kuala Ibai, dekat ini pada 7.48 pagi, 25 Jan lepas.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditahan pada 15 Okt lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Khairi Mohamed Noor manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings