the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jepun: Pesawat Jetstar buat pendaratan cemas, lebih 60 penerbangan terpaksa dibatalkan

TOKYO: Lebih 60 penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair di wilayah Aichi, Jepun susulan insiden pesawat Jetstar melakukan pendaratan cemas berikutan ancaman bom, lapor media Jepun.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dekat Tokyo menuju ke Fukuoka yang terletak di Pulau Kyushu Jepun, ketika terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Sabtu pagi.

Nippon TV melaporkan, sebanyak 63 penerbangan dibatalkan di lapangan terbang itu manakala empat lagi pesawat terpaksa menukar destinasi, lapor Sputnik.

Ketika kejadian seramai 136 penumpang dan enam anak kapal berada di dalam pesawat. Akhbar NHK yang memetik polis melaporkan bahawa seramai lima orang cedera semasa proses mengeluarkan penumpang.

Pemeriksaan sudah dijalankan terutamanya di tempat penyimpanan kargo, namun tidak menemukan sebarang bahan letupan. Berikutan pendaratan cemas itu landasan di lapangan terbang ditutup kira-kira empat jam setengah. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings