the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tesla panggil balik lebih 400,000 kenderaan di China kerana isu lampu belakang

BEIJING: Pengeluar kereta elektrik Tesla akan memanggil semula 435,132 kenderaan di China susulan gangguan perisian yang boleh menyebabkan lampu belakang gagal menyala, lapor Agensi Berita Xinhua.

Ia melibatkan 142,277 kenderaan Model 3 yang dikeluarkan antara 27 Dis 2020 dan 7 Nov 2022 dan hampir 300,000 kenderaan Model Y yang dikeluarkan antara 1 Jan 2021 dan 1 Nov 2022, menurut kenyataan Pentadbiran Negeri bagi Peraturan Pasaran China.

Lampu belakang pada satu atau kedua-dua sisi kenderaan mungkin gagal menyala kerana anomali perisian tegar boleh menyebabkan pengesanan kerosakan palsu semasa proses memanaskan kenderaan.

Kegagalan itu boleh meningkatkan risiko perlanggaran dalam keadaan gelap.

Tesla akan menggunakan perisian terkini bagi menangani isu itu, menurut kenyataan itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings