the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perancis desak keganasan terhadap Palestin di Tebing Barat dihentikan

PARIS: Perancis pada Jumaat mendesak keganasan yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat dihentikan.

“Keganasan yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat mesti dihentikan dan pihak berkuasa yang berkaitan perlu segera mengambil tindakan terhadap mereka yang melakuan keganasan itu kerana mereka mesti bertanggungjawab atas tindakan mereka…,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Luar Perancis.

Perancis juga menggesa semua pihak untuk mengelak daripada terus melakukan provokasi dan tindakan unilateral.

Menurut kenyataan itu Perancis komited untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa di wilayah yang diduduki Israel dan penempatan di tanah ini adalah haram.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan konflik yang memuncak di Tebing Barat sejak Selasa lalu yang menyaksikan lima rakyat Palestin terkorban. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings