the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bot penyelamat terdampar di Pantai Trombol dipercayai milik kapal kargo China

KUCHING: Sebuah bot penyelamat yang terdampar di Pantai Trombol di sini, sejak 4 Jan lalu dipercayai milik kapal kargo dari China.

Pengarah Maritim Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata bot tersebut berkemungkinan milik kapal kargo MV Lider Express yang dilaporkan mengalami masalah teknikal semasa belayar di perairan Natuna, Indonesia.

Katanya pihak Maritim juga masih menunggu pengesahan mengenai perkara tersebut daripada pihak terlibat.

“Usaha memindahkan bot penyelamat tersebut telah dilakukan pihak Maritim dan Polis pada petang semalam namun terpaksa ditangguhkan akibat cuaca kurang baik serta laut bergelora dan akan diteruskan hari ini.

“Bot tersebut akan dipindahkan ke kawasan berdekatan di Telaga Air, Kuching untuk siasatan lanjut oleh pihak Maritim dan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings