the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Adun PH Sabah tidak akan sokong kerajaan dibentuk melalui ‘pintu belakang’

KOTA KINABALU: Kesemua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Sabah hari ini menyatakan pendirian untuk tidak sama sekali menyokong pembentukan kerajaan melalui ‘pintu belakang’.

ADUN berkenaan berpendirian sebarang usaha untuk menubuhkan kerajaan baharu seharusnya berdasarkan agenda yang konstruktif dan polisi yang baik demi kepentingan rakyat Sabah.

“Jika tidak rakyat akan marah serta melihat ahli politik tamak kuasa dan mahu merampas kuasa semata-mata.

“Kami juga menyatakan pendirian dan keputusan secara en-bloc untuk memastikan kestabilan politik Sabah dibina agar tadbir urus pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar,” menurut mereka dalam kenyataan malam ini.

ADUN tersebut ialah Pengerusi PH Sabah, Datuk Christina Liew (Api-Api), Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick (Kadamaian), Datuk Fung Ming Poon (Tanjung Papat), Phoong Jin Zhe (Luyang), Jannie Lasimbang (Kepayan), Tan Lee Fatt (Likas) dan Peto Galim (Inanam).

Sehubungan itu, ADUN berkenaan memaklumkan tidak memberikan akuan bersumpah menyokong mana-mana pihak.

Menurut ADUN tersebut, mana-mana pihak yang mendakwa telah mendapat sokongan daripada mereka adalah tidak benar.

“Ini melainkan kenyataan terakhir kami selepas sidang Dewan Undangan Negeri Sabah yang terakhir pada November 2022.” katanya.

Pada 25 Nov tahun lalu, tujuh ADUN PH itu menyatakan sokongan serta komitmen untuk bekerjasama dengan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri sehingga penggal DUN berakhir pada 2025.

Semalam, Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun. berkata parti itu bersedia membuktikan keabsahan sokongan ADUN Sabah kepada Hajiji sebagai Ketua Menteri selepas difahamkan ada pihak tertentu mendakwa memperoleh sokongan lebih separuh daripada ADUN Sabah untuk menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang baharu.

DUN Sabah mempunyai 79 ADUN iaitu 73 ADUN yang dipilih dan enam ADUN dilantik.

Kerajaan Sabah pada masa ini mempunyai sokongan 59 ADUN iaitu 29 daripada GRS, Barisan Nasional (17), PH (tujuh), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (3) dan masing-masing seorang ADUN daripada Parti Bangsa Malaysia, Parti Harapan Rakyat Sabah dan Bebas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shared Revitalization Journey of Weiqiao Pioneering Group, Weiqiao Town

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, Zouping, Shandong held a symposium on "Revitalizing Weiqiao Town," focusing on key priorities such as improving urban quality, upgrading public livelihoods, and empowering industrial development, laying out a clear blueprint for the high-quality development of Weiqiao Town.

DFI Retail Group to Announce 2026 Half Year Financial Results and Host Analyst Presentation...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - DFI Retail Group Holdings Limited will announce its 2026 Half Year Results after market close on 28 July 2026, followed by an analyst presentation live webcast on 29 July 2026.

PH cautious over potential vote shift in seats not contested by PN

Pakatan Harapan (PH) is taking a cautious approach in facing contests in the 23 constituencies where Perikatan Nasional (PN) is not fielding candidates in the Johor state election.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings