the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
33.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong zahir ucapan tahniah kepada Mohammad Tayyab atas lantikan sebagai Presiden FIH

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Hoki Asia Datuk Mohammad Tayyab Ikram atas pemilihan beliau sebagai Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) yang baharu pada Kongres FIH ke-48 semalam.

Istana Negara menerusi hantaran di laman Facebook hari ini menyatakan bahawa sebagai Penaung Diraja Persekutuan Hoki Asia, Seri Paduka bangga dengan pencapaian Mohammad Tayyab kerana dipilih menerajui organisasi berprestij itu, yang merupakan satu pengiktirafan terhadap sumbangan besar beliau kepada pembangunan hoki di Asia.

“Baginda turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Mohammad Tayyab Ikram dalam memikul tanggungjawab tersebut dan berdepan cabaran baharu untuk membawa FIH ke peringkat lebih tinggi,“ menurut hantaran itu.

Mohammad Tayyab menewaskan Marc Coudron dari Belgium dengan jumlah undian 79-47 dalam kongres yang diadakan secara maya itu.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Federal court sets Oct 8 to hear Zahid, AG’s bid to block Malaysian Bar’s...

The Federal Court has set Oct 8 to hear applications by Zahid Hamidi and the Attorney-General seeking leave to appeal against a Court of Appeal ruling that allowed the Malaysian Bar to challenge the Yayasan Akalbudi case discontinuation

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings