the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanak-kanak enam tahun lemas ketika mandi-manda di Pantai Kundor

MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan lemas pada 6.25 petang tadi selepas dilaporkan hilang ketika sedang mandi-manda di Pantai Kundor di sini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata dalam kejadian pada kira-kira 3.30 petang itu, mangsa Mohd Asyraf Fakhrul dilaporkan hilang ketika sedang mandi di pantai tersebut bersama tiga rakannya.

“Mayat kanak-kanak itu ditemukan pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Pihak kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk JBPM, polis, komuniti nelayan dan pengusaha jet ski dalam usaha pencarian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pengunjung di pantai peranginan juga dinasihatkan supaya menangguhkan sebarang aktiviti di pantai ketika cuaca buruk bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Sementara itu, jurucakap JBPM Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.43 petang dan seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dijumpai unit Pasukan Penyelamat di Air pada jarak kira-kira 30 meter dari pantai, sebelum dibawa naik dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MCE Holdings Q3 pre-tax profit rises to RM9.79 million

MCE Holdings Bhd recorded a 54.64% increase in profit before tax to RM9.79 million for Q3 ended April 30, 2026 (FY26), from RM6.333 million in the same quarter last year.

Binzhou’s Leap from Manufacturing to Intelligent Manufacturing

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, the Ministry of Industry and Information Technology and the Ministry of Finance jointly released the list of China's third batch of pilot cities for the new technological transformation of the manufacturing sector.

Shared Revitalization Journey of Weiqiao Pioneering Group, Weiqiao Town

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, Zouping, Shandong held a symposium on "Revitalizing Weiqiao Town," focusing on key priorities such as improving urban quality, upgrading public livelihoods, and empowering industrial development, laying out a clear blueprint for the high-quality development of Weiqiao Town.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings