the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tragedi Itaewon: Singapura rakam ucapan takziah kepada Korea Selatan

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden rempuhan di Itaewon, Seoul.

“Ingatan kami bersama dengan rakyat Korea Selatan dalam waktu yang sukar ini dan saya berharap semua yang cedera cepat sembuh,” kata Lee dalam surat yang diutuskan kepada Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol.

Lee turut menyatakan dukacitanya dengan kejadian yang berlaku pada 29 Okt itu.

“Amat menyedihkan ramai yang terkorban ialah golongan muda,“ kata Lee.

Dilaporkan tragedi itu meragut 153 nyawa, 19 daripadanya warga asing dari Iran, Uzbekistan, China dan Norway manakala 82 lagi dilaporkan cedera.

Sementara itu, Kementerian Luar Singapura (MFA) memaklumkan setakat ini tiada laporan warga Singapura terkorban atau cedera.

“Kedutaan Singapura di Seoul sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan mengenai situasi itu. MFA akan terus memantau rapat perkembangan,” menurut kementerian dalam satu kenyataan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings