the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dana kekayaan akan berguna terutamanya bila keadaan memerlukan: Abang Jo

KUCHING: Cadangan menubuhkan dana kekayaan berdaulat akan memberi manfaat kepada Sarawak terutamanya bagi menjana lebihan dana untuk keadaan yang memerlukan.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (gambar) berkata cadangan dana itu yang dijangka dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak bulan depan, juga akan diuruskan secara profesional.

Beliau berkata menerusi dana itu Sarawak melihat kepada usaha menyediakan pendidikan berkualiti dan percuma kepada anak Sarawak serta untuk menghantar bakat muda ke universiti terkemuka dunia untuk mencari ilmu dan kemahiran.

“Bakat ini adalah penting dan saya menjangkakan mereka untuk menjadi ‘bijak dan tangkas’ serta mampu memberitahu kami apa yang perlu dibuat dan menyumbang kepada kemajuan dan kelestarian jangka panjang Sarawak,” kata beliau dalam ucapannya pada majlis makan malam ulang tahun kelima The Development Bank of Sarawak (DBOS) di sini malam ini.

Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak juga menghantar pasukan ke Norway, Singapura dan London untuk mengkaji model terbaik untuk pelaksanaan dana kekayaan itu.

“Dana kekayaan kita akan berasaskan ‘Prinsip Santiago’ dan akan diuruskan secara profesional oleh lembaga pengarah daripada profesion dan latar belakang berbeza,” katanya.

Sementara itu Abang Johari berkata DBOS ditubuhkan pada Mei 2017, empat bulan selepas beliau menjadi Ketua Menteri pada Jan 2017.

Beliau berkata DBOS dilancarkan dengan modal berbayar RM500 juta daripada dana rizab Sarawak dan diberikan mandat untuk membiayai projek prasarana strategik di bawah Pelan Transformasi Negeri.

“Sarawak mempunyai tanah yang luas dan bagi memenuhi aganda pembangunannya akan memerlukan pelaburan modal yang besar. Sarawak perlu mengawal pembangunannya dan tidak membiarkan pihak lain menjalankannya untuk kita,” kata beliau.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Telematics for commercial vehicles to be phased in from 2026

Transport Minister Anthony Loke announces a phased telematics system for commercial vehicles from 2026 to 2028, starting with voluntary adoption and moving towards mandatory use.

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings