the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir: Parlimen Ketereh peruntuk hampir RM2 juta agih pek makanan

KOTA BHARU: Parlimen Ketereh akan mengagihkan sebanyak 20,000 pek makanan bernilai hampir RM2 juta kepada penduduk sebagai persediaan awal menghadapi bencana banjir.

Ketua Umno Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa (gambar) berkata agihan pek makanan keperluan asas seperti gula, minyak masak dan tepung gandum itu akan bermula esok kepada penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir.

“Peruntukan ini juga adalah hasil daripada sumbangan orang awam dan Pusat Khidmat Amal Annuar Musa (Khadam).

“Pek makanan ini perlu diedarkan segera kepada penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir kerana kita tidak mahu bantuan lambat sampai setelah rumah mereka dinaiki air,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) Melor, di sini hari ini.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings