the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Calon, pemimpin, petugas parti politik dilarang ambil alih jadi imam, khatib di Perak

IPOH: Calon, pemimpin parti politik dan petugas parti politik dilarang mengambil alih menjadi imam dan khatib daripada pegawai masjid sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Itu antara arahan berhubung peraturan dan panduan mengenai program dan aktiviti di masjid, surau, maahad tahfiz dan sekolah agama yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bermula solat Maghrib Jumaat ini sehingga solat Subuh 20 Nov depan.

Pengarah JAIPk Harith Fadzilah Abdul Halim dalam satu pekeliling hari ini berkata penetapan itu bagi menjunjung titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah untuk memastikan kesucian agama Islam dipelihara dan memastikan institusi agama Islam dilindungi daripada dicemari oleh kegiatan politik kepartian.

“Khutbah Jumaat yang bukan dikeluarkan oleh JAIPk juga dilarang selain mengadakan ceramah, ucapan, pengumuman dan lawatan yang ada elemen berkempen.

“Mengumumkan bantuan, penyerahan sumbangan dan tajaan jamuan atas nama calon dan parti politik serta mengadakan acara perasmian atau pecah tanah pembinaan masjid, surau, maahad tahfiz dan sekolah agama turut dilarang,“ katanya.

Beliau berkata selain itu, turut dilarang adalah pemasangan lambang dan bendera parti serta poster calon dalam bangunan dan perkarangan masjid, surau, maahad tahfiz dan sekolah agama serta mengedarkan risalah kempen dan manifesto.

Dalam pada itu, beliau berkata JAIPk menangguhkan program tazkirah dan ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah luar atau penceramah yang aktif bekerja dan berkempen untuk calon atau mana-mana parti politik.

Katanya khutbah Jumaat yang disampaikan hanya dibenarkan oleh pegawai masjid atau surau diri Jumaat yang berkaitan jika tidak menjadi calon atau pekerja parti, manakala calon yang mahu berjemaah di masjid atau surau dibenarkan tetapi hanya sebagai makmum. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings