the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

12 juta pengguna nikmati akses 5G menjelang akhir tahun: Annuar

KOTA BHARU: Kira-kira 12 juta pengguna bakal menikmati perkhidmatan rangkaian 5G menjelang akhir tahun ini susulan lima daripada enam penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah menandatangani Perjanjian Akses (AA) dengan Digital Nasional Bhd (DNB), semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata lima syarikat tersebut ialah Celcom Networks Sdn Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd, YTL Communications dan Telekom Malaysia Bhd (TM).

Katanya menerusi perjanjian itu syarikat terlibat akan menyediakan perkhidmatan 5G di negara ini.

“Alhamdulillah lima daripada enam syarikat telekomunikasi telah pun menandatangani AA. Perjanjian ini membolehkan akses 5G akan diperoleh dalam kadar masa segera.

“Menerusi perjanjian ini dijangka 12 juta pengguna telefon akan ada akses 5G menjelang akhir tahun ini,“ katanya pada sidang media khas, di sini hari ini.

Annuar berkata penyediaan prasarana atau menara 5G di seluruh negara kini berada pada tahap 33.2 peratus.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings