the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gempa landa tengah New Zealand, dan Michoacan di Mexico

WELLINGTON: Gempa bumi dengan magnitud 5.8 menggegarkan tengah New Zealand pada petang Khamis, menurut penyedia perkhidmatan penyelidikan geosains New Zealand.

Gempa berlaku pada 21:07 waktu tempatan (0907 GMT) 30 km timur laut Pas Perancis di hujung utara Pulau Selatan New Zealand, pada kedalaman 51 km, kata GNS Science, yang menyifatkannya sebagai “gempa bumi yang kuat”, lapor Xinhua.

Gegaran itu dirasai di Wellington dan di seluruh tengah New Zealand. Lebih 44,000 orang dilaporkan merasai gegaran itu dan tiada laporan mengenai kemalangan atau kerosakan struktur setakat ini.

New Zealand kerap mengalami aktiviti seismik kerana terletak di hujung barat daya zon besar yang berbentuk ladam gunung berapi dan gempa bumi, di sekitar pinggir Lautan Pasifik — yang disebut Lingkaran Api Pasifik.

Sementara itu, di Mexico gempa bumi dengan magnitud 6.8 menggegarkan wilayah Michoacan, pada 0616 GMT Khamis, menurut Tinjauan Geologi AS.

Menurut Xinhua, pusat gempa, dengan kedalaman 24.119 km, pada mulanya dikesan pada 18.3081 darjah lintang utara dan 102.9226 darjah bujur barat.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Telematics for commercial vehicles to be phased in from 2026

Transport Minister Anthony Loke announces a phased telematics system for commercial vehicles from 2026 to 2028, starting with voluntary adoption and moving towards mandatory use.

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings