the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

500 juta orang berisiko hadapi penyakit jantung, obesiti, jika aktiviti fizikal tidak digalakkan: WHO

GENEVA: Laporan baharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memberi amaran bahawa antara 2020 dan 2030 hampir setengah bilion orang dikhuatiri akan menghidap penyakit jantung, obesiti, diabetes atau penyakit tidak berjangkit (NCD) lain disebabkan oleh ketidakaktifan fizikal.

Menurut Anadolu Agency yang memetik laporan WHO, keadaan ini boleh menyebabkan dunia kehilangan AS$27 bilion setahun jika kerajaan-kerajaan gagal mengambil tindakan segera.

Laporan status global mengenai aktiviti fizikal 2022 yang mengukur sejauh mana kerajaan-kerajaan melaksanakan cadangan untuk meningkatkan aktiviti fizikal secara menyeluruh, menunjukkan ianya tidak memadai.

“Kami memerlukan lebih banyak negara meningkatkan pelaksanaan dasar untuk membantu orang ramai menjadi lebih aktif melalui aktiviti berjalan kaki, berbasikal, sukan dan aktiviti fizikal lain,“ kata Ketua Pengarah WHO Tedros Ghebreyesus.

“Manfaatnya sangat besar, bukan sahaja untuk kesihatan fizikal dan mental individu, malah untuk masyarakat, persekitaran dan ekonomi.”

Menurut laporan itu, pandemik Covid-19 mendedahkan pentingnya aktiviti fizikal yang kerap untuk kesihatan mental dan fizikal.

Ia juga menunjukkan ketidaksamaan dalam akses dan peluang bagi sesetengah komuniti untuk aktif secara fizikal.

“Pandemik Covid-19 menunjukkan aktiviti fizikal perlu menjadi komponen teras dasar awam, dengan semua negara memastikan peluang aktiviti fizikal yang saksama untuk semua,“ kata laporan itu.

Data daripada 194 negara menunjukkan secara keseluruhan, kemajuannya perlahan dan kerajaan mesti menyegerakan dasar meningkatkan tahap aktiviti fizikal untuk mencegah penyakit selain mengurangkan beban kepada sistem penjagaan kesihatan yang sudah terbeban.

Kurang daripada 50 peratus negara mempunyai dasar aktiviti fizikal masing-masing namun 40 peratus daripadanya kurang beroperasi.

Hanya 30 peratus negara mempunyai garis panduan aktiviti fizikal kebangsaan untuk semua kumpulan umur.

“Kami tiada petunjuk yang diluluskan di peringkat global bagi mengukur akses ke taman, lorong berbasikal, laluan pejalan kaki – walaupun kami tahu data itu wujud di beberapa negara,“ menurut Agensi Anadolu yang memetik Fiona Bull, ketua Unit Aktiviti Fizikal WHO, pada sidang akhbar PBB .

“Oleh itu, kami tidak dapat melaporkan atau menjejaki penyediaan infrastruktur global yang akan memudahkan peningkatan dalam aktiviti fizikal.”

Laporan itu menyebut bahawa walaupun hampir semua negara melaporkan terdapat sistem untuk memantau aktiviti fizikal dalam kalangan orang dewasa, 75 peratus hanya memantau aktiviti fizikal dalam kalangan remaja dan kurang daripada 30 peratus memantau aktiviti fizikal pada kanak-kanak bawah lima tahun.

Beban ekonomi akibat ketidakaktifan fizikal adalah ketara dengan kos rawatan kes baharu NCD akan mencecah hampir AS$300 bilion menjelang 2030 atau kira-kira AS$27 bilion setahun, kata laporan itu.

Walaupun dasar negara untuk menangani NCD dan ketidakaktifan fizikal telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, 28 peratus dilaporkan tidak dibiayai atau dilaksanakan.

Laporan itu meminta negara-negara supaya mengutamakan aktiviti fizikal sebagai kunci untuk meningkatkan kesihatan dan menangani NCD, menyepadukan aktiviti fizikal ke dalam semua dasar yang berkaitan, dan membangunkan alat, panduan dan latihan untuk menambah baik pelaksanaannya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

CUKTECH Hosts Its First “Charge & Connect” Event, Officially Strengthening Its Presence In Vietnam’s...

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 8 July 2026 - Technology brand CUKTECH successfully hosted its first "Charge & Connect" event at The VIBES Events & Dining, officially introducing its next-generation charging ecosystem to the Vietnamese market.

Thailand Approves $1.99 Billion in New Investment, Led by AI and Advanced Electronics

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 8 July 2026 - Thailand has approved nine major investment projects worth a combined USD 1.99 billion (66.3 billion baht) in high-value sectors, including artificial intelligence (AI), advanced electronics, aviation, clean energy, and food as global manufacturers reposition their supply chains across Southeast Asia.

Genetic Study Reveals Multiple Introductions and Human-Mediated Spread of Invasive Blackchin Tilapia in Thailand

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 8 July 2026 - Researchers from Aquatic Resources Research Institute (ARRI), Faculty of Science, Chulalongkorn University have recently uncovered new genetic evidence explaining how the invasive blackchin tilapia (Sarotherodon melanotheron), a species native to West Africa, became established throughout Thailand.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings