the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jumlah trafik penumpang udara dijangka cecah 49 juta hujung 2022

SEPANG: Malaysia dijangka mencatatkan jumlah trafik penumpang udara antara 32.6 juta dan 49 juta penumpang menjelang hujung tahun ini berikutan pertumbuhan positif ditunjukkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (gambar).

Beliau berkata statistik Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menunjukkan jumlah trafik penumpang udara negara meningkat 574.6 peratus dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lepas, iaitu mencapai kira-kira 16.3 juta penumpang.

Berucap pada majlis pelancaran Progam Keselamatan Penerbangan Kebangsaan (SSP) di sini hari ini, Wee berkata jumlah pergerakan pesawat bagi enam bulan pertama tahun ini adalah 288,076 pergerakan.

Menurutnya bagi jumlah trafik kargo udara untuk tahun ini pula, dijangka berkembang antara 3.9 peratus dan 6.7 peratus berbanding 2021, iaitu antara 21.5 bilion hingga 22 bilion tan kargo setiap kilometer (FTK).

Memetik data Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), beliau berkata jumlah penumpang udara akan pulih sepenuhnya paling awal menjelang 2024 bergantung kepada situasi semasa di rantau ini.

Katanya berdasarkan perkembangan positif itu, Kementerian Pengangkutan optimis untuk membangunkan sektor penerbangan bagi memulihkan industri pelancongan negara.

“Pengangkutan udara yang efisien, menepati waktu, selamat dan boleh dipercayai akan menjadi faktor utama pemacuan ekonomi dan sosial Malaysia,“ katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

VinEnergo partners with SunAsia Energy to develop solar-on-water projects integrated with aquaculture in the...

VinEnergo and SunAsia Energy will develop three Solar-on-Water projects totalling 422MWp in the Philippines, supplying clean electricity to around 278,000 households while integrating renewable energy generation with sustainable aquaculture.

Results of the IX Digital Asset Industry Classification System (“DAICS®”) 1H 2026 Review

IX Asia Indexes today announced the 1st Half 2026 Review of the IX Digital Asset Industry Classification System ("DAICS®"), aiming to provide professionals worldwide with a transparent and standardized classification scheme to determine sector and exposure of particular digital assets.

Klinik Tuah welcomes its 10,000th knee pain patient in under five years

Klinik Tuah has treated its 10,000th knee pain patient in under five years, marking a milestone in delivering accessible, non-surgical knee care while aiming to help 35,000 patients across Malaysia by 2030.

Security is the new market access: Kigen is leading the IoT security mandate

Kigen says cybersecurity is becoming a prerequisite for market access, highlighting how the EU Cyber Resilience Act and secure eSIM technology are reshaping IoT manufacturing through compliance, resilient connectivity, and long-term trust.

YF Life clinches Hong Kong Economic Journal’s “Outstanding Application of Diversified Investment Strategies” award...

YF Life has won the Hong Kong Economic Journal's "Outstanding Application of Diversified Investment Strategies" Award for the second consecutive year, recognising its "Invesurance" approach, diversified asset allocation strategy, and commitment to delivering sustainable long-term value and financial strength for clients.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings