the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Charles III turut diisytihar sebagai ketua negara Australia, New Zealand

ANKARA: Selain United Kingdom, Raja Charles III (gambar) juga secara rasmi diisytiharkan sebagai ketua negara Australia dan New Zealand.

Menurut penyiar awam Australia ABC, pengisytiharan di negara itu dibuat oleh Gabenor Jeneral David Hurley, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Berikutan kemangkatan Ratu Elizabeth II, takhta yang sah diserahkan kepada Putera Charles Philip Arthur George,“ isytihar Hurley.

Pengisytiharan itu ditandatangani oleh Hurley dan Perdana Menteri Anthony Albanese.

Albanese berkata pengisytiharan ketua negara baharu itu merupakan yang pertama dalam hidupnya, dan juga bagi kebanyakan rakyat Australia, “ia adalah peristiwa yang bersejarah.”

Sementara itu, satu majlis pengisytiharan berasingan untuk Raja Charles III turut diadakan di ibu kota New Zealand, Wellington, lapor saluran 1 News TV.

Orang kenamaan yang hadir di parlimen untuk menandakan pengumuman ketua negara baharu termasuk Perdana Menteri Jacinda Ardern dan Gabenor Jeneral Cindy Kiro.

“Hari ini kami memperingati pemergian Ratu Elizabeth II dan mengiktiraf anakandanya Raja Charles III sebagai ketua negara kami,“ kata Ardern.

Ratu Elizabeth II, raja paling lama berkhidmat di Britain mangkat pada usia 96 tahun pada 8 Sept, umum Istana Buckingham.

Baginda digantikan oleh anakandanya Charles.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump lashes out at NATO allies as summit begins in Ankara

US President Donald Trump lashed out at NATO allies Wednesday at a summit in Ankara, as the fallout from his war with Iran threatened to overshadow the key gathering.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings