the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

China umum bantuan US$43.5 juta bantu mangsa banjir di Pakistan

NEW DELHI: China akan menyediakan bantuan tambahan sebanyak 300 juta yuan (US$43.5 juta) kepada Pakistan susulan bencana banjir yang melanda negara ini.

Menurut Kedutaan China di Islamabad pada Sabtu, perkara itu diumumkan pengerusi Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA) Luo Zhaohui.

Menteri Luar Pakistan Bilawal Bhutto Zardari mengucapkan terima kasih kepada China atas bantuan itu.

“Ini satu lagi manifestasi hubungan unik kami terutama ketika menghadapi saat yang sukar,“ katanya.

Sebelum ini, China menawarkan bantuan bernilai 100 juta yuan untuk membantu mangsa banjir Pakistan.

Pakistan yang dilanda hujan lebat dan banjir telah menyebabkan 33 juta penduduk terjejas manakala kerugian dianggarkan US$10 bilion. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings