the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Khabar angin kes & kematian Covid-19 meningkat akibat jangkitan XBB tidak benar: KKM Singapura

SINGAPURA: Khabar angin bahawa Singapura mengalami peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang teruk dan kematian akibat strain XBB adalah tidak benar, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

“Kami sedang memulakan tindakan POFMA (Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian 2019) terhadap dakwaan berkenaan,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi laman sesawangnya pada Selasa.

POFMA dikenali sebagai Undang-undang Berita Palsu.

Khabar angin itu telah tersebar melalui hantaran di WhatsApp di sini.

“Walaupun terdapat peningkatan kes yang didorong oleh strain XBB, termasuk peningkatan selepas hujung minggu Selasa ini, jumlah kes teruk kekal rendah.

“Ini berkemungkinan besar disebabkan oleh daya tahan terhasil melalui vaksinasi dan gelombang jangkitan sebelumnya. Kami memantau trajektori ini dengan teliti,” menurut MOH.

KKM menegaskan tiada bukti strain XBB menyebabkan penyakit menjadi lebih teruk.

“Sehingga kini majoriti pesakit melaporkan simptom tidak ketara seperti sakit tekak atau demam, terutamanya jika mereka telah menerima suntikan vaksin,” menurut kenyataan itu.

Kementerian memaklumkan peningkatan jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah sejajar dengan peningkatan keseluruhan kes.

Pada masa ini terdapat 490 kes sedang menerima rawatan di hospital berbanding 1,600 kes pada kemuncak gelombang Delta dan kira-kira 800 ketika gelombang Omicron mengganas.

Sekitar 11,732 jangkitan Covid-19 dilaporkan di sini pada Selasa. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings