the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan sediakan RM70 juta untuk tambah baik tahap kelestarian industri sawit

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan RM70 juta bagi menambah baik tahap kelestarian industri sawit termasuk menggalakkan kitaran semula bahan sisa sawit, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Kerajaan juga akan mempergiat usaha mempromosi dan Kempen Menangani Anti Minyak Sawit di peringkat global,” katanya semasa membentangkan Bajet 2023 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjelaskan program Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) telah berjaya meliputi 98 peratus kawasan penanaman sawit.

Menyentuh kepada levi pekerja asing, beliau berkata levi pekerja asing pelbagai peringkat (multi-tiered levy) disasarkan untuk dilaksanakan menjelang tahun 2023.

“Melalui pendekatan tersebut, syarikat dengan bilangan pekerja asing tinggi seperti sektor perladangan dan pembinaan akan dikenakan kadar levi yang lebih tinggi dan kerajaan bercadang menyalur semula hasil levi tambahan untuk menyokong majikan membiayai inisiatif automasi,” katanya.

Tengku Zafrul berkata dasar tersebut akan memberi insentif dan membantu majikan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Telematics for commercial vehicles to be phased in from 2026

Transport Minister Anthony Loke announces a phased telematics system for commercial vehicles from 2026 to 2028, starting with voluntary adoption and moving towards mandatory use.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings