the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat individu termasuk tiga sekeluarga didakwa ubah wang haram lebih RM300 juta

GEORGE TOWN: Empat individu termasuk tiga sekeluarga mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 150 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM300 juta pada 2018 hingga 2020.

Abdul Wahab S. Mohd Mydin, 53, Mohd Nasri Abdul Rahman, 36, Nur Hafeezah Abdul Wahab, 26, dan Resool Bivi Yusof Gini, 50, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim dan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Mohd Nasri, pengarah urusan sebuah syarikat pelaburan didakwa atas 118 pertuduhan manakala Abdul Wahab, yang merupakan ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut didakwa atas 30 pertuduhan, serta dua pertuduhan yang dibaca bersama isterinya, Resool Bivi dan anak perempuannya, Nur Hafeezah.

Di hadapan Hakim Mohammad Khalid, Mohd Nasri menghadapi 60 pertuduhan dan Abdul Wahab 15 pertuduhan serta satu pertuduhan yang dibaca bersama Nur Hafeezah.

Hakim Mohammad Khalid kemudian menetapkan ikat jamin RM300,000 untuk kesemua pertuduhan dihadapi Mohd Nasri, RM50,000 ikat jamin untuk Abdul Wahab dan RM25,000 untuk Nur Hafeezah.

Di hadapan Hakim Mazdi pula, Mohd Nasri didakwa dengan 58 pertuduhan manakala Abdul Wahab berdepan 15 pertuduhan serta satu pertuduhan yang dibaca bersama Resool Bivi.

Mahkamah membenarkan Mohd Nasri diikat jamin RM200,000 bagi kesemua pertuduhan, Abdul Wahab (RM60,000) dan Resool Bivi (RM10,000).

Mereka semua didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta atau mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di pelbagai bank di Semenanjung antara 2018 hingga 2020.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 15 Nov untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Jeffrey Ong, manakala Abdul Wahab, Resool Bivi dan Nur Hafeezah diwakili peguam Mashitah Jamaluddin, sementara Mohd Nasri diwakili peguam S. Raveentharan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PH cautious over potential vote shift in seats not contested by PN

Pakatan Harapan (PH) is taking a cautious approach in facing contests in the 23 constituencies where Perikatan Nasional (PN) is not fielding candidates in the Johor state election.

Kai Tak Sports Park Claims Top Honour

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The winners of the Quality Building Award 2026 (QBA 2026) were announced and presented at a ceremony held last Friday (26 June) at the Hong Kong Convention and Exhibition Centre.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings