the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

400 laman sesawang pedofilia, pornografi kanak-kanak disekat sehingga Ogos

KUALA LUMPUR: Sebanyak 400 laman sesawang berkaitan pedofilia dan pornografi kanak-kanak telah disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) setakat Ogos lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata tindakan itu hasil kerjasama kementerian berkenaan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC.

“Kementerian bekerjasama untuk mengukuhkan dan memperkasakan (penguatkuasaan) iaitu dengan kerjasama rapat PDRM khususnya Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) terutama berkaitan dengan siber,“ katanya pada sesi soal jawab hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berhubung usaha kementerian bagi mengatasi masalah eksploitasi seksual kanak-kanak di alam maya disebabkan lambakan pelbagai aplikasi tidak bermoral dalam talian.

Siti Zailah berkata kementerian mengambil pendekatan melaksanakan program advokasi, pencegahan, intervensi dan perkhidmatan sokongan sosial bagi mencegah jenayah seksual dalam talian terhadap kanak-kanak.

Beliau berkata ia termasuk melaksanakan Program Jelajah Kasih Kanak-Kanak Prihatin Rakyat yang melibatkan kanak-kanak seluruh negara serta memperkasakan peranan Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK) untuk mempromosi dan menyampaikan maklumat berkaitan Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak kepada komuniti setempat.

Selain itu, katanya kementerian juga telah bekerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik dan aktivitis sosial untuk membangunkan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber (PTCOP). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings