Friday, October 31, 2025
25 C
Malaysia
spot_img

APEC perlu jadi penghubung ekonomi global ke Amerika Latin, Afrika

Bernama

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim gesa APEC jadi jambatan ekonomi ke Amerika Latin dan Afrika untuk wujudkan tatanan ekonomi dunia lebih adil.

GYEONGJU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menjadi penghubung di luar platform itu dengan penyertaan lebih meluas daripada Amerika Latin dan Afrika.

Beliau berkata langkah ini akan dapat menyaksikan agenda APEC diterjemahkan kepada sesuatu yang lebih transformatif, inklusif dan menjana impak yang besar.

Ini dapat dicapai melalui kerjasama formal atau tidak formal antara negara-negara ini dan ekonomi anggota APEC.

“APEC perlu menjadi ‘jambatan’ bukan sahaja kepada ekonomi Asia Pasifik, malah dalam memperluas keterlibatan dengan rantau Amerika Latin dan Afrika menuju ke arah tatanan ekonomi dunia yang lebih adil dan seimbang antara negara maju dan negara membangun,” kata Anwar, yang juga Menteri Kewangan pada hari pertama Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di sini.

Beliau berkata platform itu telah membuktikan sebagai perintis, walaupun secara sukarela, ia telah menjadi pemangkin dalam membentuk norma ekonomi global.

“APEC mempelopori semangat di sebalik perjanjian plurilateral yang kemudiannya diterima pakai oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), membangunkan rangka kerja awal untuk memudah cara perdagangan, menjadi contoh dalam menurunkan tarif secara sukarela untuk barangan mesra alam.

“Pendekatan APEC yang tidak terlalu tegas tetapi mampu mempengaruhi, prinsipnya adalah secara rundingan berbanding paksaan, mungkin apa yang dunia perlukan hari ini,” kata beliau.

Mengenai masa depan, Anwar berkata APEC, yang terdiri daripada 21 ekonomi, kini sedang menjana idea baharu untuk menangani cabaran dalam membentuk masa depan bersama.

“Ini termasuk pertumbuhan hijau dan kewangan mampan, transformasi digital dan akses saksama kepada teknologi, rantaian bekalan berdaya tahan dan mineral penting serta keterjaminan makanan, pertanian pintar dan peralihan kepada tenaga bersih.

“Fokus ini selaras dengan aspirasi Malaysia di bawah Kerangka Ekonomi MADANI, membina ekonomi yang berdaya tahan, inklusif dan mampan demi kesejahteraan rakyat,” kata Perdana Menteri.

Anwar menegaskan transformasi global semasa memerlukan pendekatan seluruh masyarakat untuk menjana perubahan sebenar dengan nilai tambah.

“Masa depan itu akan menjadi milik wilayah yang mampu menjalin kerjasama antara kerajaan, industri, akademia dan komuniti. Tadbir urus kolaboratif bukan mengenai berkongsi kuasa. Ia mengenai berkongsi matlamat,” kata Perdana Menteri. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Honda 0 α prototype makes world debut

Honda Motor Co., Ltd. has taken the wraps off the Honda 0 α (Alpha) prototype at the Japan Mobility Show 2025, introducing the latest addition to its growing range of next-generation electric vehicles. This new model joins the futuristic Honda 0 lineup as a key entry point for customers into the brand’s new electric era. Set to be displayed throughout the duration of the show, the Honda 0 α is designed as a compact SUV that seamlessly fits into both urban and natural environments. It continues the design and engineering philosophy first seen in the Honda 0 Saloon and Honda 0 SUV, which were unveiled earlier this year at CES 2025. Unlike those flagship models, the 0 α serves as a “gateway model” — more accessible yet still showcasing the same level of sophistication, innovation, and environmental awareness that define the Honda 0 Series.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img