the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga individu termasuk anggota TUDM tidak bersalah sebut harga palsu LIMA25

Sepasang suami isteri dan anggota TUDM mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kemuka sebut harga palsu RM24,200 untuk LIMA25.

SHAH ALAM: Sepasang suami isteri dan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mengemukakan sebut harga palsu bernilai RM24,200 bagi pembekalan alatan untuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA25).

‎Ketiga-tiga mereka iaitu Citra Angrini Alam Mappiase, 36, Shahrul Nizam Shaf’in, 51, dan Mohamad Amir Bakri Che Abdul, 32, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Mengikut pertuduhan Citra Angrini didakwa memperdayakan Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) Subang, dengan mengemukakan nilai sebut harga palsu syarikat Protective Trading & Advisory Services bernilai RM24,200 dalam sistem e-Perolehan MPOU TUDM.

‎‎Tindakan itu didakwa mendorong pegawai berpangkat Mejar Jeneral berkenaan untuk meluluskan D Draxis Group Sdn Bhd, sebagai pembekal bagi perolehan membekal alatan sokongan untuk penugasan LIMA25. 

‎‎Manakala, Shahrul Nizam yang juga Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Industri Pertahanan di Kementerian Pertahanan dan Mohamad Amir yang berpangkat Koperal dan bertugas di bahagian perolehan TUDM pula, didakwa atas kesalahan bersubahat dengan Citra Angrini bagi pertuduhan serupa.

‎Pasangan Citra Angrini dan Shahrul Nizam didakwa melakukan kesalahan terbabit di sebuah premis di Kota Damansara, manakala Mohamad Amir di MPOU Subang, pada 13 Mei.

‎‎Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan, manakala pertuduhan terhadap Shahrul Nizam dan Mohamad Amir turut dibacakan mengikuti Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

‎‎Jika sabit kesalahan kesemua mereka berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

‎‎Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) Alis Izzati Azurin Mohd Rusdi, manakala pasangan suami isteri tersebut diwakili peguam Muhammad Nazreen Jaafar Abdullah. Mohamad Amir tidak diwakili peguam.

‎‎Alis Izzati mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 bersama seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan dikenakan syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.

‎‎Muhammad Nazreen bagaimanapun memohon jaminan serendah RM5,000 bagi anak guamnya, manakala ‎Mohamad Amir merayu jaminan dikurangkan kepada RM3,000 kerana menanggung isteri dan seorang anak.

Datuk Mohd Nasir Nordin kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 kepada Citra Angrini, serta RM7,000 masing-masing kepada Shahrul Nizam dan Mohamad Amir dengan seorang penjamin setiap seorang.

Mahkamah turut membenarkan syarat tambahan yang dicadangkan pendakwaan dan menetapkan 8 Dis ini untuk sebutan semula kes. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Hongkong Land Recognised as Global Leader in Sustainability Industry Rankings

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hongkong Land Holdings Limited ("Hongkong Land" or the "Company") has been recognised as a global leader in sustainability, achieving top-tier results in the latest ESG industry rankings.

Hong Kong’s AI Adoption Outpaces Organizational Change, Microsoft Work Trend Index 2026 Finds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong employees are moving faster than their organizations when it comes to using AI, creating a growing gap between AI adoption and how work is actually designed, according to Microsoft's 2026 Work Trend Index.

SIM Highlights the Importance of Strong Personal Statements in University Applications

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - In today's competitive education landscape, students are increasingly expected to do more than simply meet academic admission requirements.

Deluxe Systems Crowned “Best Showroom in Singapore” at Tatler Awards: A New Era of...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire – 22 June 2026 - Rewriting the rules of luxury retail in Southeast Asia, Deluxe Systems has triumphed at the prestigious Tatler Homes Design Awards 2026, winning the highly coveted title of "Best Showroom in Singapore" just six months after its official opening.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings