the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 8, 2025
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pulau Pinang beri tumpuan khusus agenda peralihan tenaga lestari

Pulau Pinang komit kepada agenda peralihan tenaga dan ekonomi hijau, lancar Dana Mitigasi Iklim pertama peringkat negeri bersama Alliance Bank.

GEORGE TOWN: Pulau Pinang memberi tumpuan khusus kepada agenda peralihan tenaga dan usaha memperkukuh kecekapan tenaga dalam usaha melaksanakan pembangunan mampan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata peralihan tenaga bukan sekadar isu alam sekitar, tetapi juga pemangkin kepada ekonomi hijau yang mampan dan usaha itu memerlukan kerjasama menyeluruh antara kerajaan, industri, ahli akademik dan komuniti bagi memastikan tindakan yang diambil benar-benar membawa impak.

“Kerajaan negeri juga komited untuk memainkan peranan aktif dalam mendukung agenda tenaga bersih negara selepas memperkenalkan Rangka Kerja Tenaga Pulau Pinang sejak tahun lepas sebagai panduan pelaksanaan inisiatif tenaga boleh baharu (RE) di peringkat negeri.

“Malah, usaha kolektif Pulau Pinang membuahkan hasil yang ketara, iaitu antara 2019 dan 2024, intensiti tenaga dalam sektor pembuatan menurun 19 peratus setiap tahun, air 22 peratus dan sisa industri dihantar ke tapak pelupusan sampah (24 peratus),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Hijau Pulau Pinang 2025 di sini hari ini.

Sementara itu, Chow berkata sidang kemuncak yang dianjurkan Penang Green Council (PGC) bertemakan ‘Melangkah Ke Arah Tenaga Lestari’ adalah acara tahunan dan berfungsi sebagai platform untuk inspirasi, kerjasama dan tindakan kolektif menyatukan pembuat dasar, pemain industri, ahli akademik serta komuniti dalam memacu kemajuan yang mampan.

Beliau yang juga Pengerusi PGC berkata selaras Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pulau Pinang terus melangkah ke hadapan dan menjadi antara yang terawal mengambil tindakan konkrit untuk melaksanakan dasar itu di peringkat negeri, menjadikan aspirasi nasional satu realiti nyata dan boleh diukur.

Turut berlangsung pada sidang kemuncak itu adalah pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dan Alliance Bank Malaysia Berhad untuk mewujudkan Dana Mitigasi Iklim (CM Fund) peringkat negeri yang pertama di Malaysia.

Chow berkata inisiatif pembiayaan peralihan itu bertujuan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat pertengahan (MTC) bergerak ke arah pengeluaran yang lebih lestari dan dana Mitigasi Iklim itu akan menawarkan kadar pinjaman istimewa serta program pembangunan kapasiti ESG, dengan memberi tumpuan kepada sektor seperti elektrik dan elektronik, peralatan perubatan, aeroangkasa dan lain-lain.

“Melalui kerjasama ini, PGC akan bekerjasama rapat dengan Alliance Bank dalam menetapkan kriteria kelayakan serta pemantauan bagi memastikan setiap pelaburan benar-benar menyumbang secara bermakna ke arah matlamat kita untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Hab Pembuatan Hijau,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Sarawak Budget 2026 conference to focus on fiscal policy and priorities

The Sarawak Budget 2026 Conference will bring together policymakers and experts to deliberate on fiscal policy, economic priorities and the state’s long-term development direction.

Most Viewed

Nissan Unveils New N6 PHEV Sedan in China

The latest mid-size plug-in hybrid sedan from Dongfeng Nissan, the N6, has officially debuted in China with a starting price tag of 99,900 yuan — roughly RM66,200. A promotional “benefit price” of 91,900 yuan (about RM61,000) has also been made available for a limited time.The company signalled that the N6 could reach markets in Southeast Asia, the Middle East and parts of Latin America in the future, marking it as the brand’s first “N-series” vehicle beyond its pure-electric offerings.Styled in line with the fully electric N7, the N6 presents a modern, sleek appearance. The front end features a closed-off nose, a full-width light bar above, L-shaped lower lights, an illuminated “NISSAN” badge, flush door handles and an integrated charging port on the rear quarter panel. The rear profile adopts a coupe-like flow, with a continuous taillight strip and a clean bumper that hides the exhaust outlets, adding subtle sophistication to its silhouette.
spot_img

Popular Categories