the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua remaja mengaku cederakan pelajar di asrama sekolah Sungai Petani

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Dua remaja lelaki mengaku bersalah di mahkamah kerana mencederakan pelajar 17 tahun di asrama sekolah menengah Sungai Petani bulan lepas

SUNGAI PETANI: Dua remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang pelajar berumur 17 tahun.

Kesalahan itu didakwa berlaku di asrama sebuah sekolah menengah di sini pada bulan lepas.

Kedua-dua tertuduh yang berumur 16 dan 17 tahun itu membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa pada 12.04 tengah malam 24 November lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Hazwani Md Nor.

Kedua-dua remaja itu diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Farah Azlinda Zahari.

Mohd Azlan membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 25 Disember depan sebagai sebutan kes bagi mendapatkan status laporan akhlak sebelum menjatuhkan hukuman. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings