the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanabis tidak akan diguna untuk tujuan rekreasi: KJ

BANGKOK: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada Rabu memberi jaminan kerajaan tidak akan membenarkan kanabis digunakan untuk tujuan rekreasi di Malaysia.

Khairy berada di Thailand untuk lawatan kerja empat hari bagi mengkaji amalan, kaedah penanaman, penyelidikan dan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan.

“Saya berada di Bangkok untuk memahami dengan lebih lanjut bukti klinikal dan rangka kerja kawal selia.

“Jika bukti klinikal menunjukkan bahawa kanabis selamat dan mujarab untuk digunakan bagi tujuan perubatan, kami akan menyediakan rangka kerja pengawalseliaan dan garis panduan amalan klinikal.

“Jangan khuatir, penggunaan kanabis untuk tujuan rekreasi tidak akan dibenarkan,“ katanya menerusi hantaran di Instagram pada Rabu.

Catatan itu turut memuatkan gambar Khairy bersama Menteri Kesihatan Thailand Anutin Charnvirakul di sebuah pusat penyelidikan kanabis.

“Bersama rakan saya, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul menunjukkan produk CBD Thailand.

“Mereka telah membenarkan kanabis untuk tujuan perubatan,” kata Khairy.

Pada awal hari ini, Khairy melawat Siam Cannabis Land di Pattaya, dan beliau diberi taklimat serta melawat rumah hijau dan ladang penanaman terbuka yang menanam pelbagai jenis kanabis.

Projek bandar kanabis seluas 350 ekar dijangka memberi tumpuan kepada pembangunan produk kesihatan dan perkhidmatan perubatan yang komprehensif.

Pada 9 Jun, Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan penanaman dan pemilikan kanabis untuk tujuan perubatan.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Thailand mengeluarkan kanabis yang mengandungi tidak melebihi 0.2 peratus tetrahydrocannabinol (THC) daripada senarai narkotik yang diharamkan.

Bagaimanapun, pemilikan kandungan yang diekstrak seperti minyak dan hidangan seperti makanan dan minuman mengandungi lebih daripada 0.2 peratus THC masih diharamkan di Thailand.

THC adalah sebatian psikoaktif utama yang terdapat dalam kanabis.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group to Announce 2026 Half Year Financial Results and Host Analyst Presentation...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - DFI Retail Group Holdings Limited will announce its 2026 Half Year Results after market close on 28 July 2026, followed by an analyst presentation live webcast on 29 July 2026.

PH cautious over potential vote shift in seats not contested by PN

Pakatan Harapan (PH) is taking a cautious approach in facing contests in the 23 constituencies where Perikatan Nasional (PN) is not fielding candidates in the Johor state election.

Kai Tak Sports Park Claims Top Honour

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The winners of the Quality Building Award 2026 (QBA 2026) were announced and presented at a ceremony held last Friday (26 June) at the Hong Kong Convention and Exhibition Centre.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings