the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Johor henti siasatan kes tipu Teddy Teow di Pekan Nanas

JOHOR BAHRU: Polis Johor menghentikan siasatan kes penipuan pembelian hartanah di Pekan Nanas, Pontian membabitkan seorang ahli perniagaan Teow Wooi Huat atau dikenali sebagai Teddy Teow kerana ia diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata keputusan itu dibuat oleh Pejabat Pendakwa Raya, bagaimanapun siasatan terhadap individu tersebut membabitkan kes-kes lain masih diteruskan polis Bukit Aman.

“Kami telah berhubung dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, kes yang disiasat di Pekan Nanas adalah NFA namun siasatan di peringkat Bukit Aman masih diteruskan kerana ada beberapa lagi kes.

“Mungkin terdapat beberapa elemen dan keterangan yang pihak pendakwa raya tidak boleh nak teruskan siasatan kes itu,“ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor Siri 2/2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Zamri Yahya.

Pada Isnin lepas, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dilaporkan berkata PDRM mengesahkan ahli perniagaan yang menjadi buruan Teow, 55, kini ditahan pihak berkuasa Thailand.

Noorsiah dipetik sebagai berkata suspek merupakan individu yang disiasat oleh PDRM di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu.

Teow mengasaskan MBI Group dan mengendalikan kompleks hiburan termasuk resort di bandar Danok di sempadan Thailand-Malaysia selain turut membina empayar perniagaan daripada skim pelaburan dalam talian yang memikat pelabur dari China, Thailand, Malaysia, Indonesia dan Macau.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings