the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
30.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki dipercayai tertekan pedal minyak kereta rempuh pintu kedai serbaneka

MELAKA: Seorang lelaki dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh pintu kaca kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Bukit Rambai di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, pemandu berusia 57 tahun terbabit baru sahaja selesai melakukan pengisian minyak di sebuah pam di stesen minyak berkenaan.

“Sejurus menghidupkan enjin kereta untuk beredar, dia dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kereta jenis Proton Saga dipandunya hilang kawalan dan bergerak lurus seterusnya melanggar empat panel pintu kaca di lokasi kejadian.

“Ketika kejadian keadaan cuaca baik dan kering. Mangsa dan orang awam yang berada di tempat kejadian juga tidak mengalami sebarang kecederaan,“ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian telah diperoleh daripada pengadu berusia 50 tahun yang juga pemilik stesen minyak itu dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

L’Occitane en Provence marks 50 years of crafting life ties, unveils global reinvention and...

L’Occitane en Provence celebrates its 50th anniversary with a global brand reinvention, refreshed product portfolio and immersive customer experiences. In Malaysia, the milestone is marked through the "Maison Surprise" campaign, featuring complimentary gifts, interactive activations and community-focused experiences.

CG Capital, the leader in branded residences in Thailand, marks milestone success for InterContinental...

CG Capital announced strong early demand for InterContinental Residences Bangkok Asoke, with over 60% of units reserved before its official launch. The luxury branded residence reflects growing confidence in Thailand's high-end property market despite ongoing global economic uncertainty.

FastMed HK welcomes Greater Bay Area visitors to access doctor assessment and prescription dispensing...

FastMed HK is expanding access to online doctor assessments and prescription dispensing for Hong Kong residents and Greater Bay Area visitors, offering a structured digital healthcare pathway with e-prescriptions, medicine delivery or collection, and privacy-focused services for various prescription-based healthcare needs.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings