the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong zahir rasa dukacita insiden bekas PM Jepun Shinzo Abe ditembak

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang meninggal dunia hari ini.

Menerusi catatan terbaru di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa dukacita atas pemergian pemimpin itu, dan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu ini.

“Seri Paduka menyifatkan pemergian mendiang sebagai kehilangan besar negara Jepun dan rakyatnya,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Agensi Anadolu melaporkan Abe, 67, ‘ditembak dari belakang’ ketika sedang berucap dalam satu kempen politik di bandar raya Nara, dengan penyerang sudah ditahan.

Mengimbas kembali pertemuan dengan mendiang, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Abe, yang juga Utusan Khas Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida di Istana Negara pada 11 Mac lepas.

Mendiang pada ketika itu dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia sempena Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur dan 65 tahun penubuhan hubungan diplomatik Malaysia dan Jepun.

Pada pertemuan itu, Seri Paduka turut berkenan menganugerahkan ljazah Kehormat Doktor Falsafah Dalam Politik Ekonomi kepada mendiang sempena Majlis Konvokesyen ke-36 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sesi menghadap itu merupakan pertemuan kali kedua Al-Sultan Abdullah dengan mendiang, selepas yang pertama ketika Seri Paduka menghadiri Istiadat Pertabalan Maharaja Jepun ke-126 Maharaja Naruhito di Istana Imperial, Tokyo, Jepun pada 23 Okt 2019.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings