the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua anggota sukarelawan pertahanan Thailand parah dalam letupan bom di Pattani

PATTANI: Dua anggota sukarelawan pertahanan Thailand cedera parah dalam satu insiden letupan bom di Mai Kaen, Pattani hari ini.

Ketua Polis Bahagian Kesembilan Mejar Jeneral Nantadech Yoinual berkata kejadian berlaku kira-kira 7 pagi hari ini ketika enam anggota sukarelawan itu menaiki tiga motosikal sedang melakukan rondaan di perkarangan Sekolah Ban Krachut.

“Sebutir bom buatan sendiri seberat empat kilogram yang dipasang pada tong gas dan diletakkan di tepi jalan meletup sebaik ia diaktifkan menggunakan walkie-talkie.

“Letupan itu menyebabkan dua anggota sukarelawan pertahanan parah. Mangsa dibawa ke Hospita Mai Kaen sebelum dihantar ke Hospital Pattani untuk menerima rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Insiden berlaku ketika rundingan damai selatan Thailand antara Ketua Panel Dialog Keamanan Wilayah Sempadan Selatan Thailand, Jeneral Wanlop Rugsanaoh dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) sedang berlangsung di Kuala Lumpur selama dua hari bermula hari ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings