the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PAC kesal laporan jawatankuasa berkaitan AES tidak dinyahklasifikasi sepenuhnya

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kesal kerana Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak dinyahklasifikasi sepenuhnya seperti disyorkan PAC sebelum ini.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata pihaknya telah mengesyorkan agar laporan yang diletakkan sebagai ‘Rahsia Besar’ itu dinyahfklasifikasi pada 23 Nov tahun lepas.

“Sikap mereka (yang tidak menyahklasifikasi sepenuhnya laporan) telah ditegur oleh PAC semasa Prosiding Tindakan Susulan Kementerian pada 23 Mac lepas,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Wong berkata pihaknya hanya menerima laporan itu kembali pada 8 Julai dengan beberapa maklumat dan nama dalam laporan itu telah dihitamkan.

“Tindakan menghitamkan sebahagian laporan berkenaan yang tidak ada kena-mengena dengan aspek keselamatan negara atau dasar yang sensitif jelas sikap kebudak-budakan dan merendahkan martabat Parlimen,” katanya.

Pada 23 Nov 2021, PAC mendapati penyumberluaran projek AES kepada syarikat-syarikat swasta bagi penguatkuasaan trafik adalah tidak wajar kerana pelaksanaan sistem terbabit seharusnya dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Justeru, PAC mengesyorkan kepada kerajaan supaya mendedahkan kepada umum dengan menyahklasifikasikan Laporan Siasatan JKSTUPKK berkenaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings