the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga kota masih banjiri pusat beli belah, saat akhir persiapan Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Walaupun ramai warga kota telah memulakan perjalanan balik kampung bagi menyambut Aidilfitri, namun tidak kurang juga yang masih berada di ibu kota dan memilih saat-saat akhir untuk berbelanja bagi persiapan perayaan itu.

Tinjauan Bernama di beberapa pusat beli-belah yang sering menjadi tumpuan setiap kali menjelang hari raya mendapati, ia masih dipenuhi orang ramai pada petang ini dan dijangka bertambah sesak selepas waktu berbuka.

Pembantu pengurus Bath and Body Works di pusat beli-belah SOGO Amy Ariffin, 25, berkata kehadiran pelanggan yang bertali arus sepanjang pembukaan premis itu pada bulan puasa ini, menjadikan suasana di lokasi itu meriah.

“Pelanggan kat sini memang suka saat terakhir untuk membeli-belah. Terutamanya Jalan Tun Abdul Rahman (TAR) kan, kerana ada banyak promosi saat akhir.

“Kita memang setiap kali raya akan ada promosi. Mereka banyak beli untuk hadiah raya dan hantaran,” katanya kepada Bernama hari ini.

Senada dengan Amy, seorang pekerja di kedai baju Melayu di bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara), Muhd Nasrat Mahir, 17, berkata pelanggan mula ramai selepas 4 petang sehingga 8 malam.

“Setiap hari ramai pelanggan, bukan sahaja saat-saat akhir nak raya ni, sebelum ini pun ramai pembeli,” katanya.

Sementara itu di Pasar Malam Jalan TAR, seorang pelanggan Auni Saffiah, 18, berkata dia mengambil peluang tiga hari sebelum pulang ke Kelantan untuk datang ke pusat beli-belah itu bagi membeli kelengkapan raya, dengan harapan memperolehi harga murah.

“Alhamdulillah persiapan raya kali ni memang meriah berbanding dua tahun sebelum ini dan hari ini saya bersama keluarga, meluangkan masa untuk mendapatkan beberapa keperluan raya seperti tudung, kasut dan beberapa barangan lain lagi.

“Setakat ini, memang banyak kedai menawarkan harga yang murah dengan bermacam-macam promosi berbaloi dan potongan yang ditawarkan pula hampir 50 peratus,” katanya.

Peniaga baju kurung di Pasar Malam Jalan TAR Kamarudin Husin, 55, pula berkata dia mula mengadakan promosi dan potongan harga pakaiannya, hari ini.

“Sepanjang berniaga di Pasar Malam Jalan TAR awal Ramadan ini, sambutan pembeli memang memberangsangkan dan dengan tinggal tiga hari lagi sebelum raya ini, pihak kami sedang menjalankan beberapa promosi menarik bagi melicinkan jualan.

“Saya memang menjangkakan lebih ramai pengunjung yang akan datang pada saat akhir ini, kerana mungkin mereka dah sedia maklum para peniaga akan mengadakan pelbagai promosi dan potongan akhir bulan ini,” katanya kepada Bernama. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MCE Holdings Q3 pre-tax profit rises to RM9.79 million

MCE Holdings Bhd recorded a 54.64% increase in profit before tax to RM9.79 million for Q3 ended April 30, 2026 (FY26), from RM6.333 million in the same quarter last year.

Binzhou’s Leap from Manufacturing to Intelligent Manufacturing

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, the Ministry of Industry and Information Technology and the Ministry of Finance jointly released the list of China's third batch of pilot cities for the new technological transformation of the manufacturing sector.

Shared Revitalization Journey of Weiqiao Pioneering Group, Weiqiao Town

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, Zouping, Shandong held a symposium on "Revitalizing Weiqiao Town," focusing on key priorities such as improving urban quality, upgrading public livelihoods, and empowering industrial development, laying out a clear blueprint for the high-quality development of Weiqiao Town.

DFI Retail Group to Announce 2026 Half Year Financial Results and Host Analyst Presentation...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - DFI Retail Group Holdings Limited will announce its 2026 Half Year Results after market close on 28 July 2026, followed by an analyst presentation live webcast on 29 July 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings