the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sekutu Jho Low, Eric Tan diisytihar bankrap gagal lunas cukai pendapatan RM68 juta

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengisytiharkan Eric Tan Kim Loong yang didakwa sebagai sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low(gambar), bankrap selepas gagal melunaskan cukai pendapatan RM68,334,219.01 kepada kerajaan.

Penolong Kanan Pendaftar Chai Guan Hock membuat keputusan itu ke atas Tan dan merekodkan perintah kebankrapan selepas mendengar petisyen pemiutang yang difailkan kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap Tan pada 15 Dis 2021.

Peguam Hasil Cawangan Guaman Lembah Klang Siti Maisarah Ab Rahim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Berdasarkan petisyen pemiutang, kerajaan memohon satu perintah kebankrapan dibuat mengenai harta kepunyaan Tan selaku penghutang kerana beliau berhutang dengan kerajaan sebanyak RM68,334,219.01 yang jumlah tersebut termasuk faedah dan kos dan ia merupakan tuntutan cukai pendapatan yang belum dibayar.

Petisyen itu menyatakan Tan dalam masa enam bulan sebelum tarikh penyerahan petisyen didakwa gagal mematuhi kehendak notis kebankrapan bertarikh 8 Jun 2021 yang telah dilanjutkan tempoh melalui perintah mahkamah bertarikh 30 Ogos 2021.

Notis kebankrapan itu diiklankan di News Straits Times pada 14 Sept 2021 serta ditampal di kediaman Tan pada 10 Sept 2021.

Pada 4 Mei 2021, Mahkamah Tinggi memerintahkan Tan membayar cukai pendapatan RM67,996,891.87 dan faedah pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi dan kos sebanyak RM2,000 kepada kerajaan selepas gagal memasukkan kehadiran dalam saman difailkan kerajaan melalui LHDN.

Kerajaan selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan melalui LHDN pada 15 Jan 2021 dengan menuntut Tan membayar tunggakan cukai berjumlah RM67,996,891.87 bagi tahun taksiran 2010 hingga 2013.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Axis-REIT to acquire City-Link’s Bandar Saujana Putra distribution hub for RM128m

The RM128mil acquisition deepens Axis-REIT's exposure to Malaysia's growing logistics and industrial sector, buoyed by e-commerce expansion and rising demand for last-mile delivery. For City-Link Express, the sale-and-leaseback unlocks capital from a mature asset to fund technology, network and talent investments — while keeping the site as its operational headquarters.

EVB Successfully Concludes Power2Drive Europe 2026 With Advanced EV Charging Solutions

MUNICH, GERMANY - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - EVB successfully concluded its June 23–25 exhibition at Power2Drive Europe 2026 at Messe München, where it connected with global industry professionals and highlighted its latest EV charging, energy storage, and power management solutions for cleaner, smarter, and more efficient energy systems.

Trashure Hunt Opens at Raffles City, Turning Singapore’s Waste Challenge Into Public Art

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Trashure Hunt 2026 will open its award ceremony and public exhibition this Saturday, 27 June, at Raffles City Shopping Centre, inviting Singaporeans to see how discarded materials can be transformed into artworks that spark practical conversations on waste, recycling and climate action.

ISCA Will Lead Singapore’s Accountancy Profession March In NDP 2026 For The First Time

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - For the first time, Singapore's accountancy profession will be represented in the National Day Parade (NDP), as the Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) leads a civilian marching contingent made up of accountants, aspiring Chartered Accountants, students, educators and partners from across the profession.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings