Monday, November 3, 2025
24.9 C
Malaysia
spot_img

Permainan video ganas risiko jejas kesihatan mental kanak-kanak

The Sun Webdesk

Kanak-kanak terdedah permainan video ganas berisiko gangguan kesihatan mental tanpa pemantauan ibu bapa, kata Menteri Kesihatan.

KUALA SELANGOR: Kanak-kanak yang terdedah dan kerap bermain permainan video berunsur ganas berisiko mengalami gangguan kesihatan mental sekiranya tidak dipantau ibu bapa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata cabaran dunia digital pada masa ini menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada pelbagai pengaruh dalam talian, termasuk permainan yang boleh menjejaskan kestabilan emosi serta perkembangan mental.

“Setiap individu tanpa mengira usia boleh mengalami masalah kesihatan mental, namun kumpulan rentan seperti kanak-kanak perlu diberikan perhatian dan empati oleh masyarakat.

“Justeru, mereka yang berdepan masalah ini tidak harus dipandang serong, sebaliknya perlu dibantu dan diberi ruang untuk mendapatkan rawatan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Rahmah Mesra Santuni MADANI di Pantai Jeram di sini hari ini.

Beliau berkata setiap daripada manusia normal boleh terdedah kepada cabaran kesihatan mental apabila emosi menurun atau tekanan meningkat, sama ada dalam bentuk keresahan atau kemurungan.

Sehubungan dengan itu, Dzulkefly berkata pihaknya telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani isu berkenaan termasuk talian Hotline 15555 serta Program K-Mindset bagi memperkasakan pemimpin masyarakat untuk mendekati individu berisiko.

“Melalui K-Mindset, kerajaan telah memperuntukkan RM21.6 juta bagi melatih ketua kampung, penghulu serta tokoh agama agar mereka dapat memainkan peranan dalam menjaga kesihatan mental masyarakat di kawasan masing-masing,” katanya.

Terdahulu, Dzulkefly merasmikan Program Ramah Mesra Santuni MADANI dan Karnival Paru-Paru & Minda Sihat 2025, antara inisiatif mendukung usaha Kementerian Kesihatan (KKM) dalam pelaksanaan Inisiatif Kesihatan Paru-Paru (LHI) yang merupakan suatu gerakan nasional di bawah kementerian.

Inisiastif itu bertujuan memperluas akses saringan, rawatan awal dan advokasi kesedaran berhubung penyakit paru-paru termasuk penyakit paru-pari obstruktif kronik (COPD), asma, kanser paru-paru serta bahaya rokok elektronik atau vape.

LHI kini diperluas di seluruh negara dengan kerjasama strategik pelbagai pihak meliputi awam, swasta dan komuniti setempat. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Vinhomes Green Paradise applies to be a participant in the world’s ‘7 wonders of future cities’ global campaign.

CAN GIO, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 3 November 2025 - The Can Gio Urban Area Project - Vinhomes Green Paradise - has officially applied to become a Participant in the global "7 Wonders of Future Cities" campaign, launched by the world-renowned New7Wonders organization. By firmly embracing this global initiative, Vinhomes reaffirms its forward-looking vision, positioning Vinhomes Green Paradise not merely as a real estate development but as a world-class symbol that embodies the future of human urban living.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img