the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peruntukan RM2.38 juta bantuan persekolahan untuk pelajar kurang kemampuan

LAHAD DATU: Kerajaan menerusi Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan memperuntukkan RM2.38 juta daripada kutipan zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk pemberian bantuan persekolahan kepada 14,000 pelajar kurang berkemampuan di seluruh negara tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata bantuan sempena Program Jom Ke Sekolah bernilai RM170 bagi setiap pelajar itu turut disalurkan kepada pelajar bukan islam yang layak menerima bantuan berkenaan.

“Di Sabah dan Sarawak, bantuan diberikan masing-masing kepada 1,200 pelajar kerana dua kawasan negeri ini luas, ada juga penerima program ini bukan beragama Islam, tapi sebahagian besarnya ialah untuk orang Islam kerana ia dari wang zakat,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan pelancaran Program Jom Ke Sekolah 2022 Peringkat Kebangsaan serta penutupan Program Dekat Di Hati Anak Malaysia di Desa Kencana Felda Sahabat di sini hari ini.

Katanya sumbangan itu diharap dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak pada tahun ini selain menyuntik semangat belajar dan berjaya dalam kalangan pelajar. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings