Tuesday, November 4, 2025
24.1 C
Malaysia
spot_img

1.5 juta hadiri perarakan Hari Memperingati Orang Mati di Mexico City

The Sun Webdesk

Kira-kira 1.5 juta orang saksikan perarakan besar-besaran sempena Hari Memperingati Orang Mati di Mexico City dengan 8,000 peserta berkostum.

MEXICO CITY: Kira-kira 1.5 juta orang membanjiri Mexico City pada Sabtu untuk  menyaksikan perarakan besar-besaran sempena Hari Memperingati Orang Mati, menurut pihak pentadbiran bandar raya itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam edisi kesembilan perarakan itu, rangka diperbuat daripada kadbod, kira-kira 8,000 peserta berkostum, serta kenderaan berhias bertemakan karnival berarak melalui jalan utama di ibu negara Mexico itu.

Hari Memperingati Orang Mati, yang diiktiraf sebahagian daripada Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO, menggabungkan unsur kepercayaan pra-Hispanik dan Kristian.

Pada 1 Nov, masyarakat mempercayai roh kanak-kanak yang meninggal dunia akan kembali ke dunia untuk melawat keluarga mereka, manakala roh orang dewasa pula pada 2 Nov.

Keluarga akan mengunjungi tanah perkuburan, makan, minum dan menyanyi di sisi pusara orang tersayang, serta meletakkan lilin serta makanan sebagai persembahan di kubur serta di altar di rumah masing-masing.

Namun begitu, perarakan di Mexico City ini adalah tradisi moden yang bermula pada 2016 dan diilhamkan daripada satu babak dalam filem James Bond, Spectre. – Bernama-dpa

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology Appoints Thomas Sennhauser as Chief Technology Officer of Infrastructure Practice

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - November 3, 2025 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence and IoT technology, today announced the appointment of Thomas Sennhauser as Chief Technology Officer of Infrastructure Practice.

Most Viewed

McKibbin shines with record-breaking win in Hong Kong Open

Tom McKibbin made a dream debut on the Asian Tour, winning the US$2 million Link Hong Kong Open at the Hong Kong Golf Club with a record-breaking performance. The 22-year-old Northern Irishman fired a superb final-round 63 to seal a wire-to-wire victory on 27-under 253 – setting a new tournament low and matching its largest winning margin of seven shots. American Peter Uihlein was runner-up after a 68, while Japan’s Tomoyo Ikemura, South Africa’s Louis Oosthuizen and American MJ Maguire shared third, another shot back. The win also earned McKibbin a spot in next year’s Masters and The Open, marking his debut at Augusta and third appearance in golf’s oldest Major.

HDBank posts US$562.4 million profit in nine months, proposes 30% dividend and bonus share plan

HCM CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 3 November 2025- Ho Chi Minh City Development Joint Stock Commercial Bank (HDBank, stock code HDB) reported consolidated 9M2025 profit before tax of VND14.8 trillion (US$562.4 million), up 17% YoY.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img