the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat lokasi' blackspot' kemalangan maut dikenal pasti di Kota Bharu: Polis

KOTA BHARU: Empat kawasan blackspot kerap berlaku kemalangan maut dikenal pasti di Kota Bharu, kata Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud.

Beliau berkata lokasi tersebut adalah Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Chepa, Jalan Salor Baru-Pasir Mas dan Jalan Binjai-Bachok.

“Kita akan memberi penekanan kepada beberapa kesalahan sering dilakukan seperti memandu melebihi had laju, tidak patuh lampu isyarat dan menggunakan lorong kecemasan kerana ia adalah kesalahan yang tidak boleh dikompaun dan perlu diselesaikan di mahkamah.

“Anggota polis sentiasa membuat pemantauan di lokasi berkenaan agar pengguna sentiasa mematuhi peraturan,” katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Op Selamat 18, Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dekat Tunjong, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Rosdi berkata sejak Op Selamat 18 dilancarkan pada 29 April, sebanyak 35 kes kemalangan berlaku di jajahan itu dengan merekodkan dua kematian setakat ini.

Selain itu, dalam perkembangan lain, Mohd Rosdi berkata pegawai dan anggota polis yang bertugas akan ditempatkan di semua lokasi lampu isyarat sekitar Kota Bharu bagi mengelakkan berlaku kesesakan lalu lintas sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Kita jangkakan ada pertambahan kenderaan menjelang perayaan Aidilfitri. Oleh itu, kita juga bersetuju supaya lampu isyarat di beberapa lokasi kekal menggunakan warna kuning supaya aliran trafik lancar,“ katanya.

Mengulas mengenai penggunaan laluan alternatif, Mohd Rosdi berkata tindakan itu hanya akan dibincangkan sekiranya berlaku kesesakan luar biasa yang mana pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) agar perkara itu dapat diatasi.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group to Announce 2026 Half Year Financial Results and Host Analyst Presentation...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - DFI Retail Group Holdings Limited will announce its 2026 Half Year Results after market close on 28 July 2026, followed by an analyst presentation live webcast on 29 July 2026.

PH cautious over potential vote shift in seats not contested by PN

Pakatan Harapan (PH) is taking a cautious approach in facing contests in the 23 constituencies where Perikatan Nasional (PN) is not fielding candidates in the Johor state election.

Kai Tak Sports Park Claims Top Honour

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The winners of the Quality Building Award 2026 (QBA 2026) were announced and presented at a ceremony held last Friday (26 June) at the Hong Kong Convention and Exhibition Centre.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings