the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RTM rakan penyiar Unifi untuk perlawanan bola sepak Liga Malaysia 2022

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan 44 siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Malaysia 2022 yang dibawakan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

RTM, agensi penyiaran di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dipilih selaku rakan penyiar bola sepak Liga Malaysia 2022 melalui kerjasama antara RTM, TM Unifi dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata RTM akan menyiarkan siaran langsung perlawanan bola sepak terpilih menerusi empat platform iaitu TV1, TV Okey, Sukan RTM dan RTM Klik.

“Keperluan RTM sebagai rakan penyiar bola sepak tempatan akan membolehkan setiap pasukan dalam Liga Malaysia mendapat liputan siaran langsung perlawanan sepanjang musim 2022,“ katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran RTM Selaku Rakan Penyiar unifi Untuk Bola Sepak Liga Malaysia 2022, di sini hari ini.

Annuar berkata perlawanan pertama yang akan disiarkan RTM ialah antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), selaku juara Liga Super dan Kuala Lumpur City FC, selaku juara Piala Malaysia bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Sabtu ini sekali gus menandakan bermulanya Liga Malaysia 2022.

Selain perlawanan Piala Sumbangsih, RTM juga akan menyiarkan perlawanan-perlawanan dalam Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Annuar berkata melalui kerjasama yang dibentuk membolehkan RTM melaksanakan tanggungjawab sosial selaku rakan penyiar bagi stesen tidak berbayar milik kerajaan untuk memberi siaran percuma kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada mereka yang tidak memiliki akses siaran berbayar.

Sementara itu, Annuar berkata syarikat-syarikat di Malaysia yang menjana pendapatan tinggi wajar untuk bersama-sama membantu pembangunan bola sepak tempatan.

“Saya fikir banyak lagi di luar sana syarikat-syarikat swasta yang sebenarnya berkeupayaan untuk tampil ke hadapan dan melakukan sumbangan bermakna kepada pembangunan bola sepak Malaysia.

Bila liga tu maju dan dana mencukupi, pasukan-pasukan akan dapat manfaat darinya dan dapat memperkembangkan lagi program pembangunan bola sepak secara keseluruhan,“ katanya.

-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Axis-REIT to acquire City-Link’s Bandar Saujana Putra distribution hub for RM128m

The RM128mil acquisition deepens Axis-REIT's exposure to Malaysia's growing logistics and industrial sector, buoyed by e-commerce expansion and rising demand for last-mile delivery. For City-Link Express, the sale-and-leaseback unlocks capital from a mature asset to fund technology, network and talent investments — while keeping the site as its operational headquarters.

EVB Successfully Concludes Power2Drive Europe 2026 With Advanced EV Charging Solutions

MUNICH, GERMANY - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - EVB successfully concluded its June 23–25 exhibition at Power2Drive Europe 2026 at Messe München, where it connected with global industry professionals and highlighted its latest EV charging, energy storage, and power management solutions for cleaner, smarter, and more efficient energy systems.

Trashure Hunt Opens at Raffles City, Turning Singapore’s Waste Challenge Into Public Art

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Trashure Hunt 2026 will open its award ceremony and public exhibition this Saturday, 27 June, at Raffles City Shopping Centre, inviting Singaporeans to see how discarded materials can be transformed into artworks that spark practical conversations on waste, recycling and climate action.

ISCA Will Lead Singapore’s Accountancy Profession March In NDP 2026 For The First Time

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - For the first time, Singapore's accountancy profession will be represented in the National Day Parade (NDP), as the Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) leads a civilian marching contingent made up of accountants, aspiring Chartered Accountants, students, educators and partners from across the profession.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings