the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki masuk lokasi kejadian tanah runtuh adalah bekas anggota sukarela APM

KUALA LUMPUR: Lelaki yang dikatakan memasuki lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, di sini Khamis lepas adalah bekas anggota sukarela Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah di ibu negara.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur Kapt (PA) Mazran Mohamad berkata pelantikan lelaki itu tamat pada 9 Jan lepas dan keanggotaannya dalam pasukan itu tidak disambung.

“Individu itu telah diputuskan tidak disambung keanggotaan melalui peruntukan Kaedah 27 Kaedah-kaedah Pertahanan Awam (Pasukan Pertahanan Awam) 1970 (dan) tidak boleh didaftar semula di mana-mana premis serta Pejabat Pertahanan Awam seluruh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan APM itu dikeluarkan bagi menjelaskan kedudukan lelaki terbabit dalam pasukan itu, selepas dia dikatakan masuk ke lokasi bencana yang merupakan kawasan larangan tanpa kebenaran, dan dikhuatiri menjejaskan keselamatan pasukan carian serta mengganggu usaha mencari dan menyelamat.

Rakaman video, yang antara lain memaparkan seorang pegawai APM dilihat ingkar terhadap arahan Komander Operasi Bencana supaya tidak memasuki kawasan itu menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Semalam seorang pegawai kanan kerajaan adalah antara tujuh pegawai dan anggota APM yang dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan polis berhubung video tular semasa kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 yang mengorbankan empat nyawa.

Mazran berkata APM akan terus bekerjasama dengan semua agensi sama ada dalam situasi aman atau semasa bencana dan mengalu-alukan semua warga Malaysia untuk memahami skop, peranan dan tanggungjawab APM.

“APM adalah sebagai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah dan satu daripada pasukan penyelamat utama di zon merah,” katanya.

“APM juga akan sentiasa bersama semua warganya yang berkhidmat mengikut peraturan dan perundangan sedia ada dalam melindungi nyawa dan harta benda,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings