the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Covid-19: Tutup sekolah beri kesan kepada pembangunan sahsiah dan intelek pelajar

PUTRAJAYA: Penutupan sekolah akibat Covid-19 akan memberi kesan kepada pembangunan sahsiah dan intelek pelajar, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bercakap pada sidang media mengenai perkembangan Covid-19 hari ini, Khairy berkata penutupan sekolah mungkin akan menjadi langkah terakhir sekiranya jangkitan Covid-19 dalam sektor pendidikan semakin teruk.

“Pandangan KKM (Kementerian Kesihatan) buat masa ini kita buat penilaian risiko di peringkat sekolah. Mereka yang positif Covid-19 jangan hadir ke sekolah dan sekiranya ada keperluan, kita minta hanya kelas yang tutup bukan satu sekolah kerana ia akan memberi kesan kepada pembangunan sahsiah dan intelek mereka,” katanya.

Menurut Khairy, sebahagian besar kes Covid-19 yang dilaporkan di peringkat sekolah adalah sama ada tidak bergejala atau bergejala ringan dan buat masa ini tiada kes Kategori Empat dan Lima dilaporkan.

Katanya, peningkatan kluster pendidikan turut disumbangkan oleh pelajar sekolah berasrama dan KKM akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan bagi menambah baik prosedur operasi standard (SOP) di asrama.

Data KKM pada Minggu Epidemiologi kelima menunjukkan sebanyak 52 kluster atau 58.4 peratus daripada 89 kluster baharu merupakan kluster pendidikan.

Ketika ditanya mengenai SOP solat di masjid, Khairy berkata KKM buat masa ini menumpukan perhatian terhadap penularan varian Omicron dalam negara.

“Apa-apa pun perancangan KKM untuk ke arah keterbukaan yang lebih besar masih dalam perancangan, cuma kita nak dalam tempoh masa sebulan ini, kita nak selesai dulu bab Omicron ini dulu insya-Allah,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings