the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

1,500 hilang tempat tinggal di Sudan akibat konflik keselamatan

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

IOM melaporkan lebih 1,500 penduduk Sudan kehilangan tempat tinggal di Kordofan Utara dan Selatan berikutan keadaan keselamatan yang meruncing.

KHARTOUM: Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) mengesahkan seramai 1,205 rakyat Sudan dari bandar Bara dan Umm Ruwaba di negeri Kordofan Utara serta 360 lagi dari Al-Abbasiya dan Delami di Kordofan Selatan kehilangan tempat tinggal.

IOM menjelaskan bahawa pasukannya yang beroperasi di bawah program Displacement Tracking Matrix menganggarkan daripada jumlah penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Kordofan Utara, seramai 580 melarikan diri dari Bara dan 625 dari Umm Ruwaba.

Agensi itu menambah bahawa mereka yang hilang tempat tinggal berpindah ke pelbagai lokasi di Kordofan Utara serta beberapa bandar di negeri White Nile di selatan Sudan.

Gelombang pemindahan paksa terbaharu itu menyusul selepas beberapa siri pergerakan awal di Kordofan Utara, yang menyaksikan 36,625 orang hilang tempat tinggal antara 26 dan 31 Oktober lepas.

Dalam kenyataan berasingan, IOM berkata 360 orang telah kehilangan tempat tinggal di negeri Kordofan Selatan, termasuk 180 dari Al-Abbasiya dan 180 dari Delami.

Mereka yang terjejas berpindah ke kawasan lain dalam negeri berkenaan serta ke Tandalti di negeri White Nile.

Sejak 15 April 2023, tentera Sudan dan Pasukan Separa Tentera Rapid Support Forces (RSF) terlibat dalam peperangan yang gagal ditamatkan oleh usaha pengantaraan serantau dan antarabangsa.

Konflik itu telah meragut 20,000 nyawa dan menyebabkan lebih 15 juta orang yang hilang tempat tinggal sebagai pelarian serta penduduk yang berpindah di dalam negara.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan sumber tempatan mengesahkan angka korban dan pemindahan besar-besaran ini. – Bernama-Anadolu

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings