the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pekerja swasta maut dalam kemalangan babitkan lapan kenderaan

TAIPING: Seorang pekerja swasta maut dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan termasuk sebuah ambulans di KM229.6, Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata dalam kejadian pukul 12.35 tengah malam itu, mangsa adalah pemandu kereta Proton Persona dikenali sebagai Muhammad Syahmi Ishak, 21, dari Kampung Baru, Desa Jaya Sungai Semiar, Sik, Kedah.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Osman berkata siasatan awal mendapati kenderaan dipandu Muhammad Syahmi telah dilanggar sebuah lori dari belakang yang menyebabkan keretanya hilang kawalan dan terbabas ke lorong kanan lalu melanggar tembok batu penghadang jalan di sebelah kanan.

“Pada masa yang sama sebuah lagi kenderaan di lorong kanan telah bergesel dengan kereta mangsa dan berpusing melanggar sebuah ambulans yang bergerak di lorong kiri, manakala empat kenderaan dari arah yang sama telah bergesel dengan kenderaan mangsa,” katanya.

Beliau berkata tujuh pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings