the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

15 peratus ibu bapa di S’wak tidak setuju vaksin kanak-kanak – Uggah

KUCHING: Sebanyak 15 peratus daripada 40 ribu responden dalam kalangan ibu bapa di Sarawak tidak bersetuju dengan Program Imunisasi Covid-19 untuk Kanak-kanak (PICKids).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata hasil tinjauan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak dari 26 hingga 31 Jan itu mendapati sebanyak 59.7 peratus sangat bersetuju manakala 25.3 peratus tidak pasti.

Beliau berkata antara sebab utama responden tidak setuju atau tidak pasti adalah kerana kerisauan berkenaan komplikasi yang bakal berlaku selepas mengambil vaksin.

“Ada juga yang risau berkenaan keselamatan vaksin dan mahu memilih jenis vaksin yang diberikan,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) kepada pemberita selepas majlis pelancaran PICKids peringkat Sarawak di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata sebanyak 517,107 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah didaftarkan oleh ibu bapa mereka untuk menerima vaksin Pfizer Covid-19 setakat 1 Feb.

Menurutnya, angka itu merangkumi kira-kira 15 peratus daripada jumlah keseluruhan kohort 3.6 juta kanak-kanak.

Sementara itu, Uggah berkata 272,500 orang kanak-kanak berumur 5 hingga kurang 11 tahun di Sarawak yang layak untuk PICKids.

“Kita menyasarkan 70 peratus kanak-kanak yang layak dan dalam sistem pendidikan dapat diberikan dos pertama vaksin Pfizer dalam tempoh 2 bulan dari sekarang,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings