the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pekerja ladang kelapa sawit mengaku tidak bersalah bunuh dua wanita Indonesia

SIBU: Seorang pekerja ladang kelapa sawit hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan membunuh dua wanita warga Indonesia yang mayat mereka ditemukan terapung di Sungai Samong, Daro bulan lepas.

Ahmad Robin, 31, didakwa membunuh Pandang Sarang di sebuah ladang kelapa sawit pada 11 pagi 11 Feb lepas dan Muli Laha di sebuah ladang kelapa sawit lain di Daro pada 11 malam hari sama mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pada prosiding hari ini, selepas pengakuan tertuduh direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Christopher Chin, pendakwaan memanggil saksinya untuk memberi keterangan.

Sijaya, 50, suami Pandang Sarang, memaklumkan mahkamah bahawa pada 7.20 pagi hari kejadian, mangsa memberitahunya mahu ke pasar Daro bersama-sama Muli Laha dan seorang lagi wanita warga Indonesia bernama Tene dengan menumpang kereta tertuduh.

“Isteri saya ada membawa wang sebanyak RM2,500 untuk membeli barangan keperluan selain memakai rantai dan anting-anting emas,” katanya dalam pernyataan bertulis yang dibaca di mahkamah.

Selepas Pandang Sarang tidak pulang ke rumah hingga 7 pagi esoknya, dia dan Ero Nyale (suami Muli Laha) mencari isteri mereka di kawasan ladang sehingga ke Kampung Tebaang.

Dia berkata pada 12.30 tengah hari, mereka dimaklumkan bahawa polis telah menjumpai mayat isteri mereka oleh seorang pemandu van ladang.

“Saya berasa amat terkejut dan tidak dapat berkata apa-apa apabila mendapat tahu mayat yang dijumpai terapung di sungai itu adalah mayat isteri saya,” katanya sambil menambah dia amat mengenali serta berkawan baik dengan Ahmad dan Pandang Sarang sering menggunakan khidmat tertuduh untuk ke Daro bagi membeli barangan keperluan selepas menerima gaji.

Sijaya berkata dia dan isterinya mula bekerja di ladang kelapa sawit itu sejak tiga tahun lepas dan mengenali tertuduh yang juga pemandu van di ladang tersebut.

Terdahulu, ketika Ero Nyale, 48, dipanggil memberi keterangan, jurubahasa Makasar yang dilantik oleh konsulat Indonesia Muhiddin Salihi berdepan kesukaran berkomunikasi dengan saksi yang kelihatan masih takut dan mengalami gangguan emosi akibat kejadian itu.

Perbicaraan bersambung 25 Mac ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dona Liyanna Sabariah Azmi manakala Ahmad diwakili peguam Ben Lau.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber resilience defined by integration, not spend

Higher cybersecurity spending alone is not enough to strengthen Malaysia’s cyber resilience, as fragmented technology environments, the rapid pace of digitalisation, and a shortage of specialised talent continue to limit organisations’ cybersecurity maturity, according to US-based cybersecurity company Palo Alto Networks.

Akmal backs France, Brazil, Portugal for World Cup glory

Akmal believes the trio possess the quality, depth and balance needed to go all the way with France remain among the strongest contenders due to the abundance of attacking options available to the squad.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings