the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penoreh getah mengaku bersalah tetak lelaki guna parang

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Seorang penoreh getah berusia 54 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan menetak lelaki sehingga cedera parah.

KOTA BHARU: Seorang penoreh getah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menetak seorang lelaki menggunakan parang.

Noradin Ibrahim, 54 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah.

Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Ahmad Firhan Hadi Hamzah, 44 tahun, dengan menetak mangsa menggunakan parang.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Kulim, Pasir Puteh, pada kira-kira 6 petang, 28 Oktober lepas.

Noradin didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebat.

Hakim Zulkifli tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 3 Disember ini untuk sebutan semula kes serta prosiding jatuh hukum.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nursyafiqah Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings