the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga individu direman siasatan kes rasuah projek pelitup muka bernilai RM9 juta

KUALA TERENGGANU: Dua pengarah syarikat dan seorang penjawat awam hari ini direman bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek pengeluaran pelitup muka bernilai RM9 juta.

Perintah reman selama tujuh hari, iaitu sehingga 29 Mac itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu Wan Azianti Abd Salleh selepas mendapat permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua pengarah syarikat, masing-masing berusia 49 dan 51 tahun telah ditahan di pejabat mereka di Selangor manakala penjawat awam, 59, itu pula di pejabatnya di sini.

Kesemua penahanan itu berlaku sekitar 2 hingga 4 petang, semalam.

Menurut sumber, dua pengarah tersebut telah memberi rasuah kepada penjawat awam tersebut sebagai balasan mencadangkan pelaburan dalam usahasama dengan syarikat mereka untuk pengeluaran pelitup muka.- Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings