the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis nafi anggota dimasukkan hospital kerana komplikasi vaksin Covid-19

IPOH: Polis menafikan dakwaan yang tular menerusi media sosial kononnya seorang anggota daripada Balai Polis Gerik dimasukkan ke unit kecemasan hospital di sini akibat komplikasi vaksin Covid-19.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata siasatan mendapati anggota berkenaan sebenarnya menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

“Anggota berkenaan diserang strok selepas habis waktu bertugas di pondok balai polis petang semalam dan dibawa ke Hospital Gerik sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping.

“Bagaimanapun beliau kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kemungkinan akan dibawa ke Institut Jantung Negara untuk rawatan lanjut,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mesej tular dalam bentuk laporan itu menyatakan anggota berpangkat koperal berusia 58 tahun berkenaan mengalami komplikasi dan dimasukkan ke Hospital Gerik selepas mengambil suntikan dos kedua vaksin COVID-19.

Zulkifli turut meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan maklumat tidak benar selain memastikan kebenaran sesuatu maklumat bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang kerana mencetuskan kebimbangan kepada orang ramai. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber resilience defined by integration, not spend

Higher cybersecurity spending alone is not enough to strengthen Malaysia’s cyber resilience, as fragmented technology environments, the rapid pace of digitalisation, and a shortage of specialised talent continue to limit organisations’ cybersecurity maturity, according to US-based cybersecurity company Palo Alto Networks.

Akmal backs France, Brazil, Portugal for World Cup glory

Akmal believes the trio possess the quality, depth and balance needed to go all the way with France remain among the strongest contenders due to the abundance of attacking options available to the squad.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings