Mahkamah Agung AS akan mengundi keabsahan dasar tarif Donald Trump, yang dakwa menjadikan AS negara terkaya dan terima US$200 bilion wang tarif.
WASHINGTON: Mahkamah Agung Amerika Syarikat dijadual mengundi pada Rabu mengenai keabsahan dasar tarif Presiden Donald Trump.
Keputusan ini bertepatan dengan ulang tahun pilihan raya 2024 yang membawa kepada penggal kedua pentadbirannya.
Trump berulang kali mendakwa bahawa dasar tarifnya telah menjadikan Amerika Syarikat sebagai negara terkaya di dunia.
Beliau berkata negara itu telah menerima lebih US$200 bilion dalam bentuk “wang tarif” dan berjanji untuk meningkatkan jumlah itu kepada US$1 trilion setahun.
Trump tidak akan menghadiri sesi terbabit kerana tidak mahu “mengalihkan perhatian daripada kepentingan keputusan ini.”
Beliau turut memberi amaran bahawa sekiranya mahkamah memutuskan dasar tarifnya tidak sah, Amerika Syarikat akan terjejas dan ekonominya akan merudum. – Bernama-Sputnik/RIA Novosti









