the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ketetapan baharu bilangan jemaah di masjid and surau di Selangor

SHAH ALAM: Jawatankuasa Tetap Agama Islam Selangor mengeluarkan ketetapan baharu bilangan jemaah solat fardu lima waktu, solat Jumaat dan solat sunat tarawih di semua masjid dan surau di enam daerah di negeri ini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Sepang dan Kuala Langat.

Jawatankuasa itu dalam satu kenyataan memaklumkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, seramai 500 orang termasuk pentadbir dibenarkan menunaikan solat Jumaat manakala solat fardu dihadkan kepada 200 jemaah termasuk pentadbir.

Bagi solat sunat tarawih, bilangan jemaah dihadkan seramai 600 orang di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah manakala 550 jemaah di Masjid Tengku Ampuan Jemaah.

Menurut kenyataan itu, bagi Masjid Pengurusan dan Masjid Kariah, solat Jumaat dihadkan kepada 100 orang dan solat fardu 100 jemaah manakala 100 jemaah muslimin dibenarkan untuk menunaikan solat sunat tarawih di masjid berkenaan.

Seramai 200 jemaah pula dihadkan untuk solat Jumaat, solat fardu (200) dan solat sunat tarawih (200 muslimin) di Masjid Institusi manakala di Surau Solat Jemaah, seramai 50 orang dihadkan untuk menunaikan solat Jumaat, solat fardu (50) dan solat sunat tarawih (50 muslimin).

Jelas kenyataan itu, di Surau Kariah pula solat fardu dihadkan kepada 50 jemaah dan 50 muslimin dibenarkan menunaikan solat sunat tarawih.

Solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat tarawih bagi daerah terlibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor adalah kekal mengikut ketetapan terdahulu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings